Posts

09 JUN 2020 - TARIKH AKHIR PKPB

Hari ini tamatlah PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP - PKPD - PKPB) yang kerajaan Malaysia perintahkan bermuda 18 March 2020 yang lalu. Walau bagaimanapun, selepas ini tidak bermakna kita boleh kembali serta-merta kepada cara hidup kita sebelum era COVID-19. Bermuda 10 June hinge 31 Ogos 2020, semua rakyat tertakluk kepada fasa PEMULIHAN (PKPP). Kelonggaran membuka aktiviti ekonomi diberikan dengan mengamalkan langkah-langkah SOP yang telah digariskan oleh kerajaan. Pada masa PKPP ini, tanggungjawab menjaga keselamatan diri dan keluarga adalah tanggungjawab individu. Selepas hampir 4 bulan kerajaan mendidik kita bagaimana mengawal pergerakan dan cara menjaga kebersihan diri, semestinya kita telah sedar dan juga terbiasa dengan NORMA BARU yang dianggap THE NEW NORMAL selepas seluruh dunia dilanda pandemic corona. Justera itu jadilah manusia yang beretika, bertanggungjawab kepada diri dan masyarakat